Kelas Asas ICT Microsoft Office Powerpoint

21 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Ogos 2023, Kelas Asas ICT Microsoft Office Powerpoint telah diadakan. Kelas ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas penggunaan Microsoft Office Powerpoint serta fungsinya. Peserta telah diajar tentang bagaimana untuk menggunakan tools yang terdapat dalam Microsoft Office Powerpoint serta menaip dan belajar memasukkan shape ke dalam slide.

Program yang berlangsung sekitar jam 2.00 petang dan berlangsung selama 1 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai dan Klik Dengan Bijak (KDB) dengan topik penyebaran maklumat palsu. Kelas tamat pada sekitar pukul 3.00 petang. Kehadiran adalah seramai 6 orang peserta iaitu pelajar SK Abg Buyuk, Jerijeh.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali